Perang Amerika Syarikat-Mexico
Perang Amerika Syarikat-Mexico

Perang Amerika Syarikat-Mexico

sekurang-kurang 9,200 ditinggalkan atau berpaling tadah[1]Perang Mexico-Amerika, juga dikenali sebagai Campurtangan Amerika Pertama, Perang Mexico, atau Perang Amerika Syarikat-Mexico,[3][4] merupakan pertelingkahan bersenjata antara Amerika Syarikat dan Mexico dari 1846 hingga 1848, selepas gelombang Penyerapan Texas 1845 oleh Amerika Syarikat, yang masih dituntut oleh Mexico sebagai sebahagian jajahannya walaupun selepas berlakunya Revolusi Texas 1836.Pasukan Amerika menceroboh Jajahan New Mexico, Republik California dan sebahagian yang kini merupakan utara Mexico; sementara Tentera Laut Amerika Syarikat melakukan kepungan di laut dan mengambil kawalan beberapa garison di persisiran Pasifik Alta California, dan juga jauh ke selatan di Baja California. Satu lagi pasukan tentera Amerika merampas Mexico City, dan memaksa Mexico untuk bersetuju dengan pemisahan dan penyerahan jajahan utaranya kepada Amerika Syarikat.Perluasan jajahan Amerika Syarikat ke pantai Pasifik merupakan matlamat Presiden James K. Polk, pemimpin Parti Democratik.[5] Bagaimanapun, perang itu menimbulkan kontrovesi di Amerika Syarikat, dengan tentangan Parti Whig dan unsur anti-perhambaan. Korban Amerika yang tinggi dan kos kewangan yang tinggi juga turut dikritik. Hasil utama perang adalah memaksa Pemisahan Mexico bagi jajahan Alta California dan Santa Fe de Nuevo México kepada Amerika Syarikat sebagai pertukaran sebanyak $18 juta. Sebagai tambahan, Amerika Syarikat menghapuskan hutang oleh kerajaan Mexico pada rakyat Amerika Syarikat. Mexico menerima Rio Grande sebagai sempadan kebangsaannya dan kehilangan Texas. Sementara itu, emas dijumpai di California, yang dengan segera membangkit minat antarabangsa dan mencetus Serbuan Emas California. Kesan politik selepas perang menimbulkan isu perhambaan di Amerika Syarikat, mendorong kepada perdebatan hangat yang menunding kepada ]]Perang Saudara Amerika Syarikat]]; Tolak Ansur 1850 memberikan kelegaan sementara.Di Mexico, terminologi bagi peperangan ini termasuk (primera) intervención estadounidense en México (Campur tangan pertama Amerika Syarikat di Mexico), invasión estadounidense de México (Penjajahan oleh Amerika Syarikat ke Mexico), dan guerra del 47 (Perang 1847).

Perang Amerika Syarikat-Mexico

Tarikh 25 April, 1846 – 2 Februari, 1848
Casus belli Pendudukan Texas dan diikuti dengan pertikaian sempadan, Hubungan Thornton
Lokasi Texas, New Mexico, California; Utara, Tengah dan Timur Mexico; Mexico City
TarikhLokasiHasilCasus belli
Tarikh25 April, 1846 – 2 Februari, 1848
LokasiTexas, New Mexico, California; Utara, Tengah dan Timur Mexico; Mexico City
HasilKemenangan Amerika; persetujuan Titri Guadalupe Hidalgo dan Penyerahan Mexico.
Casus belliPendudukan Texas dan diikuti dengan pertikaian sempadan, Hubungan Thornton
Hasil Kemenangan Amerika; persetujuan Titri Guadalupe Hidalgo dan Penyerahan Mexico.

Rujukan

WikiPedia: Perang Amerika Syarikat-Mexico http://www.amazon.com/gp/reader/0195045556?v=searc... http://www.battleofmonterrey.com/urbanwarfare.html http://users.erols.com/mwhite28/wars19c.htm http://books.google.com/books?id=FxgOAAAAIAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=Mot8hkMa0nkC&dq=%... http://books.google.com/books?id=Y0JnAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=YImnue0ORwAC&sour... http://books.google.com/books?id=ZrkJAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=vfhAAAAAIAAJ http://books.google.com/books?id=vfhAAAAAIAAJ&pg=2...